Sunday, March 11, 2012

Taubat Untuk DOSA yang Berulang

Korang biasa tak mengalami atau berhadapan dengan isu macam ni: dah buat dosa, pastu taubat balik. Lepas tu buat balik, lepas tu taubat balik. Biasanya untuk dosa yang sama kalau situasi macam ni. Mesti pernah kan? Jangan tipu! Semua orang pun pernah, saya juga pernah. Itu sebabnya nama kita manusia. Disebabkan pernah mengalami situasi macam ni, saya pun terfikir jugak, apakah hukumnya? Allah ampunkan ke tak kalau taubat banyak kali, lepas tu ulang balik dosa yang sama berulang kali. Akhirnya saya temui jawapannya dalam Twitter Dr.Asri (bekas mufti Perlis, Pendakwah bebas, dll). Berikut adalah petikan dari laman web beliau drmaza.com. Diharap ianya bermanfaat untuk kita semua, :)

Soalan: "Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?"

Safwan, Melaka.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.


2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.


3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.


4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat

So, macamana anda semua? Tepuk dada, tanya iman! :)

Wacana Transformasi Ummah: Isu Seksualiti~notes by Wardina Safiyyah

Tahun lepas, iaitu 2011 (tapi saya tak ingat bulan berapa), negara kita dikejutkan dengan satu isu keterbukaan iaitu event "Seksualiti Merdeka". Sebenarnya saya dah lama dengar pertubuhan ni (or whatever yang orang panggil la) cuma jadi kecoh tahun lepas sebab benda-benda macam ni cuba dipolitikkan atau apa2 saja lah. Saya tak mahu judge ataupun menyokong. Saya juga bukan nak mengulas pasal Seksualiti Merdeka ni. Cuma saya nak kongsikan satu forum yang telah diadakan bersempena dengan isu ini. Forum ini bertajuk Wacana Transformasi Ummah: Isu Seksualiti. Saya sendiri tidak berkesempatan untuk menghadiri forum tersebut, tetapi saya sangat bersyukur apabila selebriti Muslimah kita iaitu Wardina Safiyyah telah meminjamkan "Take away notes"nya untuk dikongsikan bersama. Setelah mendapat kebenaran beliau, maka saya kongsikan nota ringkas berkenaan dengan forum ini.

1.Always be open to discussion and be prepared to LISTEN to others that do not have similar views than you

2. To those who have sinned, don't be just content by CONDEMNING them

3 LBGT tetap Haram walau apa pun justifikasi. Gerakan mempromosi harus ditentang tetapi, berlembutlah dgn INDIVIDU.

4. Always have a NON JUDGMENTAL approach no matter who you are, with whoever you're dealing with

5.Hawa nafsu tak patut dipersalahkan 100% kerana itulah juga yg mnjdkan kita khalifah ..

6: Jangan percaya LBGT itu "diwarisi" - study has been criticized. Is incest genetic? Murderous genetic?

7: DO something instead of only condemning!

8: Manusia perlu diperkukuhkan akidah iaitu kognitifnya dahulu barulah kita boleh merubah tingkahlaku

9: Apabila ada "lintasan perasaan" yg tdk baik, sedarlah ianya CUMA lintasan perasaan sahaja. Usah dilayan & disuburkan.

10: Bagi mereka yg 'mudah' untk terjebak dan TIDAK melakukannya ganjarannya lebih besar di sisi Allah begitulah sebaliknya


Kalau korang perasan, point2 di atas tu tidak suruh kita menyokong, tetapi tidak bermakna kita boleh mengkeji, menghina, apatah lagi menilai mereka dengan sesuka hati! Tapi, masalahnya masyarakat Malaysia ni memang suka nak menilai dan menghukum orang. Ya, diorang memang buat benda-benda yang dimurkai Allah, tapi kita sebagai manusia, yang juga umat Islam, sepatutnya membantu menyedarkan mereka, bukannya caci maki, keji ataupun yang sewaktu dengannya. Kalau tak mampu membantu secara terang-terangan, doakanlah untuk mereka kerana doa kita untuk saudara muslim yang lain adalah sangat afdal dan insya Allah dimakbulkan. Oleh itu, tepuk dada, tanya iman! :)

Kenapa Allah dibahasakan sebagai "Kami" dlm Al-Quran

Assalamualaikum WBT...

Saja nak kongsi dengan kalian sesuatu yang saya rasa sangat penting untuk kita fahami dan ketahui. Alhamdulillah, beberapa bulan yang lepas, dengan izin Allah SWT, saya dibukakan hati untuk berjinak-jinak kembali dengan Al_Quran; iaitu bertadarus dan bertaddabur dengan kitab suci ini. So, setiap kali saya baca tafsir di mana ayat2 Nya apabila Allah membahasakan "Kami" di dalam Al-Quran, saya mula tertanya2. Masa sekolah dulu, memang ustaz ada cakap kenapa. tapi yelah, kita sebagai manusia kan selalu lupa sebab lalai kan? So, saya pun mula la mencari-cari dan Alhamdulillah, saya temui penjelasannya dalam sebuah blog iaitu http://syadamoore.blogspot.com dan juga sebuah buku novel dakwah "Syahadah Gadis Ateis" tulisan Imran Haaz (korang patut baca buku ini kerana cara penulisannya mudah untuk difahami). Setelah meminta kebenaran penulis blog berkenaan, maka saya share kannya di sini yek!

KENAPA ALLAH GUNA PERKATAAN KAMI DALAM AL-QURAN?


Tahukah Anda Semua?>Pernah tak korang baca terjemahan Al-Quran yang ade certain2 ayat tu Allah bahasakan diri-Nya sebagai 'Kami'? Agak2 kenapa yek? Jom TERJAH!

Sebenarnya bukan dalam AlQuran je Allah guna pkataan 'Kami' nih, actually dalam kitab2 sebelum nih pun ade jugak, macam Taurat dan Injil. Sebab tu orang Kristian salah faham mentafsir perkataan 'Kami' ataupun dalam bhs Inggerisnya 'We'. Bg diorg, perkataan ni perkataan plural atau kata jama' yg mewakili lebih dari satu pelaku.

Dalam Bahasa Arab dan Hebrew (bahasa kembar bahasa arab, mempunyai struktur bahasa yg agak sama dgn bhs arab) terdapat DUA bentuk plural : -

a ) PLURAL : yg mewakili bnyk pelaku
b) ROYAL PLURAL : menunjukkan pangkat dan kebesaran seseorang ataupun dipakai sbg kata ganti diri pertama bg mereka yg berpangkat serta dimuliakan dan mempunyai kebesaran.

* baru tahuu kewujudan royal plural nih!


Perkataan 'Kami' bnyk digunakan oleh Allah dlm AlQuran. Semasa AlQuran diwahyukan, org Arab awal2 dah tahu
dgn 2 jenis plural yg wujud dlm tatabahasa mereka. So org arab dah tak keliru dgn pkataan 'Kami' yg digunakan dlm AlQuran yg menunjukkan KEBESARAN dan KEHEBATAN-Nya. BUKAN bermaksud sekumpulan Tuhan..!


Contoh lain pulak ; Queen Elizabeth , Ratu UK pun guna kata ganti diri nama beliau dgn pkataan 'We' dlm ucapan rasmi. So pkataan 'We' kat situ jelas menunjukkan 'kebesaran kuasanya' ..hehe. bukan bmaksud dia jd wakil utk sekelompok raja atau ratuu.. Faham tak?

Actually info2 atas nih shall b credited to penulis novel SYAHADAH GADIS ATEIS-imran haaz atau nama sebena dy mohd aswanizam bin alias.

Notes: ayat2 ini dikekalkan untuk menghormati penulis asal dan thanks to syadamoore.blogspot.com :)

Nampak remeh, tapi rupanya DOSA BESAR

Assalamualaikum WBT...

Saya percaya anda semua mesti dah biasa atau familiar dosa-dosa yang dikategorikan sebagai Dosa Besar. Tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita terlupa yang mana satu dosa besar. Kenapa? Sebabnya senang sahaja; kerana kadang-kadang kita menganggap sesuatu benda itu terlalu remeh sehingga tidak menyangka itu adalah Dosa Besar. 2 tahun lepas, saya berkesempatan menghabiskan bacaan saya tentang TUJUH PULUH DOSA BESAR yang ditulis oleh Imam Az-Zahabi, tapi saya baca yang terjemahan BM la yek... :)

Kita semua sedia maklum yang Dosa Besar ada 70 semuanya (ini yang telah disepakati). Dan antara Dosa-Dosa Besar yang terkenal atau feymes ialah Syirik, Membunuh, Sihir, Meninggalkan Solat, Berzina, Derhaka dengan Ibu Bapa, Mebunuh Diri, Tidak Berpuasa Ramadhan tanpa keuzuran, Tidak Mengeluarkan Zakat dan banyak lagi (anda mungkin boleh rujuk atau cari buku2 berkenaan dengan Dosa Besar).

Namun begitu, di sini saya cuma nak share yang ada 3 perkara nampak remeh, tapi rupanya Dosa Besar. Perkara-perkara berikut adalah:

1. Sikap Sombong (ya,mungkin kadang2 kita terlupa hari-hari kita menyombong)

"Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang2 yang sombong"~An Nahl:23
"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap yang sombong lagi membangga diri"~Luqman:18

Yang ni lagi best:

"Dan ketika Kami berkata kepada malaikat. 'Sujudlah kamu kepada Adam.' Maka mereka bersujud kecuali Iblis, ia menolak dan sombong dan ia termasuk org2 kafir"~Al-Baqarah: 34

Nampak tak kalau korang sombong korang macam siapa? Fikir2 kan lah yek

2. Mengungkit-ungkit Kebaikan (ya, saya tahu ramai yang selalu buat macam ni kan?)

"Wahai orang2 yang beriman, jgnlah kamu membatalkan sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (si penerima)."~Al-Baqarah: 264
"Tidak akan masuk syurga tukang tipu, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang bakhil"~ Hadis Riwayat At-Tirmidhi

Lepas ni, kalau dah buat kebaikan pada orang walaupun sebesar kuman, termasuk la kerja di ofis sekalipun, silalah jangan mengungkit yek!

3. Mencari Kesalahan Orang (ini memang trend masyarakat kita)

"Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain"~Al-Hujurat:12

Tolonglah jangan sibuk nak cari kesalahan orang lain sesuka hati macam anda tu bagus sangat. Adalah lebih baik kita tengok dan check diri sendiri dulu ye, sebelum kita free2 je dapat dosa nak cari salah orang.

Sekian, wassalam :)

Blogger templates