Monday, November 29, 2010

FAQ : Manusia dan Al-Quran




Assalammualaikum Wbt semua...




FAQ. Tentu anda dah biasa mendengarnya atau mungkin juga dah biasa melihatnya. Selalunya FAQ nie ada dalam laman-laman web yang menawarkan atau menyediakan perkhidmatan2 tertentu. FAQ ialah nama singkatan bagi Frequently Asked Questions. Dalam hidup kita seharian pun kita mesti ada walau sebesar zarah FAQ yg berkenaan dengan kehidupan. Apa yang nak saya sampaikan di sini ialah FAQ kehidupan seharian kita sebagai umat Islam,hamba Allah dan umat Muhammad S.A.W. dan jawapannya sudah sedia ada di dalam kitab suci Al-Quran. Terima kasih kepada sahabat saya yang sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat. Marilah kita sama-sama menghayatinya dan kalau boleh, rajin-rajinlah selak Al-Quran kerana di dalamnya mengandungi lebih dari 1001 jawapan kepadapersoalan yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Renung-renungkanlah :)

JANGAN MENGELUH ...Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah pun menjawabnya...
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah A-Li Imran : ayat 200
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12


Thursday, November 25, 2010

Updated


Hi semua....

Assalammualaikum W.b.t......

Dah lama saya tak post apa2 topik pun dekat blog saya disebabkan tersangat lah sibuk dengan kerja2 harian saya.

Walaubagaimanapun, di dalam kesibukan yg melampau, alhamdulillah saya sempat menghabiskan bacaan buku2 yg menarik dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Macam2 buku yg saya dah baca, dan kebanyakannya adalah buku2 agama, self motivation, kesihatan dan paling kelakar buku resepi pun ada!

Oleh itu, Insya Allah untuk post yang akan datang, sy akan kongsikan apa yg saya baca, di mana sy fikir adalah sangat bermanfaat kalau dikongsikan bersama...




Sekian,Wassalam

Blogger templates