Sunday, March 11, 2012

Nampak remeh, tapi rupanya DOSA BESAR

Assalamualaikum WBT...

Saya percaya anda semua mesti dah biasa atau familiar dosa-dosa yang dikategorikan sebagai Dosa Besar. Tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita terlupa yang mana satu dosa besar. Kenapa? Sebabnya senang sahaja; kerana kadang-kadang kita menganggap sesuatu benda itu terlalu remeh sehingga tidak menyangka itu adalah Dosa Besar. 2 tahun lepas, saya berkesempatan menghabiskan bacaan saya tentang TUJUH PULUH DOSA BESAR yang ditulis oleh Imam Az-Zahabi, tapi saya baca yang terjemahan BM la yek... :)

Kita semua sedia maklum yang Dosa Besar ada 70 semuanya (ini yang telah disepakati). Dan antara Dosa-Dosa Besar yang terkenal atau feymes ialah Syirik, Membunuh, Sihir, Meninggalkan Solat, Berzina, Derhaka dengan Ibu Bapa, Mebunuh Diri, Tidak Berpuasa Ramadhan tanpa keuzuran, Tidak Mengeluarkan Zakat dan banyak lagi (anda mungkin boleh rujuk atau cari buku2 berkenaan dengan Dosa Besar).

Namun begitu, di sini saya cuma nak share yang ada 3 perkara nampak remeh, tapi rupanya Dosa Besar. Perkara-perkara berikut adalah:

1. Sikap Sombong (ya,mungkin kadang2 kita terlupa hari-hari kita menyombong)

"Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang2 yang sombong"~An Nahl:23
"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap yang sombong lagi membangga diri"~Luqman:18

Yang ni lagi best:

"Dan ketika Kami berkata kepada malaikat. 'Sujudlah kamu kepada Adam.' Maka mereka bersujud kecuali Iblis, ia menolak dan sombong dan ia termasuk org2 kafir"~Al-Baqarah: 34

Nampak tak kalau korang sombong korang macam siapa? Fikir2 kan lah yek

2. Mengungkit-ungkit Kebaikan (ya, saya tahu ramai yang selalu buat macam ni kan?)

"Wahai orang2 yang beriman, jgnlah kamu membatalkan sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (si penerima)."~Al-Baqarah: 264
"Tidak akan masuk syurga tukang tipu, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang bakhil"~ Hadis Riwayat At-Tirmidhi

Lepas ni, kalau dah buat kebaikan pada orang walaupun sebesar kuman, termasuk la kerja di ofis sekalipun, silalah jangan mengungkit yek!

3. Mencari Kesalahan Orang (ini memang trend masyarakat kita)

"Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain"~Al-Hujurat:12

Tolonglah jangan sibuk nak cari kesalahan orang lain sesuka hati macam anda tu bagus sangat. Adalah lebih baik kita tengok dan check diri sendiri dulu ye, sebelum kita free2 je dapat dosa nak cari salah orang.

Sekian, wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Blogger templates