Sunday, March 11, 2012

Wacana Transformasi Ummah: Isu Seksualiti~notes by Wardina Safiyyah

Tahun lepas, iaitu 2011 (tapi saya tak ingat bulan berapa), negara kita dikejutkan dengan satu isu keterbukaan iaitu event "Seksualiti Merdeka". Sebenarnya saya dah lama dengar pertubuhan ni (or whatever yang orang panggil la) cuma jadi kecoh tahun lepas sebab benda-benda macam ni cuba dipolitikkan atau apa2 saja lah. Saya tak mahu judge ataupun menyokong. Saya juga bukan nak mengulas pasal Seksualiti Merdeka ni. Cuma saya nak kongsikan satu forum yang telah diadakan bersempena dengan isu ini. Forum ini bertajuk Wacana Transformasi Ummah: Isu Seksualiti. Saya sendiri tidak berkesempatan untuk menghadiri forum tersebut, tetapi saya sangat bersyukur apabila selebriti Muslimah kita iaitu Wardina Safiyyah telah meminjamkan "Take away notes"nya untuk dikongsikan bersama. Setelah mendapat kebenaran beliau, maka saya kongsikan nota ringkas berkenaan dengan forum ini.

1.Always be open to discussion and be prepared to LISTEN to others that do not have similar views than you

2. To those who have sinned, don't be just content by CONDEMNING them

3 LBGT tetap Haram walau apa pun justifikasi. Gerakan mempromosi harus ditentang tetapi, berlembutlah dgn INDIVIDU.

4. Always have a NON JUDGMENTAL approach no matter who you are, with whoever you're dealing with

5.Hawa nafsu tak patut dipersalahkan 100% kerana itulah juga yg mnjdkan kita khalifah ..

6: Jangan percaya LBGT itu "diwarisi" - study has been criticized. Is incest genetic? Murderous genetic?

7: DO something instead of only condemning!

8: Manusia perlu diperkukuhkan akidah iaitu kognitifnya dahulu barulah kita boleh merubah tingkahlaku

9: Apabila ada "lintasan perasaan" yg tdk baik, sedarlah ianya CUMA lintasan perasaan sahaja. Usah dilayan & disuburkan.

10: Bagi mereka yg 'mudah' untk terjebak dan TIDAK melakukannya ganjarannya lebih besar di sisi Allah begitulah sebaliknya


Kalau korang perasan, point2 di atas tu tidak suruh kita menyokong, tetapi tidak bermakna kita boleh mengkeji, menghina, apatah lagi menilai mereka dengan sesuka hati! Tapi, masalahnya masyarakat Malaysia ni memang suka nak menilai dan menghukum orang. Ya, diorang memang buat benda-benda yang dimurkai Allah, tapi kita sebagai manusia, yang juga umat Islam, sepatutnya membantu menyedarkan mereka, bukannya caci maki, keji ataupun yang sewaktu dengannya. Kalau tak mampu membantu secara terang-terangan, doakanlah untuk mereka kerana doa kita untuk saudara muslim yang lain adalah sangat afdal dan insya Allah dimakbulkan. Oleh itu, tepuk dada, tanya iman! :)

No comments:

Post a Comment

Blogger templates